PENTING!!!

Blog ini masih dalam pembinaan, sebarang maklumat yang terdapat di dalam blog ini masih dalam proses pengeditan. Sebarang maklumat yang terdapat di dalam blog ini adalah untuk proses pembelajaran kursus IDT.

Sunday 6 January 2013

Ganoderma Lucidum

Ramai yang telah mencuba kopi dengan ekstrak ganoderma asli dan mendapati ianya amat berkhasiat untuk tubuh badan. Ganoderma Lucidum dikenali sebagai Lingzhi di negara China manakala dikenali sebagai Reishi yakni panggilan bagi masyarakat di Jepun. Ianya adalah sejenis spesis Cendawan Merah yang mempunyai nilai-nilai perubatan atau farmaseutikal yang unik. Sejak 3000 tahun lalu, masyarakat China mengenali Lingzhi sebagai Raja Herba dan digunakan secara meluas dalam bidang perubatan. Pengamal perubatan China menggunakan Lingzhi untuk menyembuhkan lebih daripada 100 jenis penyakit dan mereka percaya ia mampu memanjangkan umur. Ia juga dipercayai dapat meningkatkan aliran darah dan meningkatkan kecerdasan minda serta menjadikan seseorang itu cergas dan awet muda.

Bagi masyarakat Islam, Ganoderma telah diketahui semenjak zaman Nabi Musa a.s. Kitab-kitab perubatan Islam zaman dahulukala juga menyebut Ganoderma sebagai ubat yang sungguh mujarab dan istimewa.

Secara umumnya, terdapat lebih 200 spesis Ganoderma. Bagaimanapun hanya 6 jenis sahaja didapati memberikan kesan terapeutik yang tinggi. Tiap-tiap spesis ini mempunyai keistimewaan dan kemustajaban yang tersendiri.

No comments:

Post a Comment