PENTING!!!

Blog ini masih dalam pembinaan, sebarang maklumat yang terdapat di dalam blog ini masih dalam proses pengeditan. Sebarang maklumat yang terdapat di dalam blog ini adalah untuk proses pembelajaran kursus IDT.

Monday 3 December 2012

Kebaikan Kopi


Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada benih panggang, biasanya dipanggil biji kopi, bagi tumbuhan kopi. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan perangsang pada manusia. Hari ini, kopi adalah satu daripada minuman paling disukai di seluruh dunia.

Kopi mula dikenali dan diminum dalam abad kesembilan, apabila ia telah ditemui di tanah tinggi Etiopia. Dari situ, ia merebak ke Mesir dan Yemen, dan pada abad ke-15, telah sampai Armenia, Farsi, Turki, dan di utara Afrika. Dari dunia Islam, penyebaran kopi ke Itali, dan seluruh Eropah, dan ke Amerika.

Masyarakat Malaysia juga tidak sunyi dari mengambil minuman kopi sebagai satu menu harian mereka. Tidak dinafikan sehingga hari ini ramai yang menggelarkan warung atau kedai yang menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman tradisional di gelar sebagai 'kedai kopi'. Kewujudan kedai kopi telah menjadi trend yang berkembang dan pelbagai inovasi baru di dalam pengembangan jenama kedai kopi ke peringkat pasaran yang lebih elit. 
Kini, pelbagai kewujudan kedai kopi tumbuh seperti cendawan lepas hujan dengan trend atau gaya hidup masa kini. Kebanyakan kedai kopi baru yang wujud dengan pelbagai gelaran seperti 'kopitiam'.

No comments:

Post a Comment