PENTING!!!

Blog ini masih dalam pembinaan, sebarang maklumat yang terdapat di dalam blog ini masih dalam proses pengeditan. Sebarang maklumat yang terdapat di dalam blog ini adalah untuk proses pembelajaran kursus IDT.

Sunday 6 January 2013

Ganoderma Lucidum

Ramai yang telah mencuba kopi dengan ekstrak ganoderma asli dan mendapati ianya amat berkhasiat untuk tubuh badan. Ganoderma Lucidum dikenali sebagai Lingzhi di negara China manakala dikenali sebagai Reishi yakni panggilan bagi masyarakat di Jepun. Ianya adalah sejenis spesis Cendawan Merah yang mempunyai nilai-nilai perubatan atau farmaseutikal yang unik. Sejak 3000 tahun lalu, masyarakat China mengenali Lingzhi sebagai Raja Herba dan digunakan secara meluas dalam bidang perubatan. Pengamal perubatan China menggunakan Lingzhi untuk menyembuhkan lebih daripada 100 jenis penyakit dan mereka percaya ia mampu memanjangkan umur. Ia juga dipercayai dapat meningkatkan aliran darah dan meningkatkan kecerdasan minda serta menjadikan seseorang itu cergas dan awet muda.

Bagi masyarakat Islam, Ganoderma telah diketahui semenjak zaman Nabi Musa a.s. Kitab-kitab perubatan Islam zaman dahulukala juga menyebut Ganoderma sebagai ubat yang sungguh mujarab dan istimewa.

Secara umumnya, terdapat lebih 200 spesis Ganoderma. Bagaimanapun hanya 6 jenis sahaja didapati memberikan kesan terapeutik yang tinggi. Tiap-tiap spesis ini mempunyai keistimewaan dan kemustajaban yang tersendiri.

Monday 3 December 2012

Kebaikan Kopi


Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada benih panggang, biasanya dipanggil biji kopi, bagi tumbuhan kopi. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan perangsang pada manusia. Hari ini, kopi adalah satu daripada minuman paling disukai di seluruh dunia.

Kopi mula dikenali dan diminum dalam abad kesembilan, apabila ia telah ditemui di tanah tinggi Etiopia. Dari situ, ia merebak ke Mesir dan Yemen, dan pada abad ke-15, telah sampai Armenia, Farsi, Turki, dan di utara Afrika. Dari dunia Islam, penyebaran kopi ke Itali, dan seluruh Eropah, dan ke Amerika.

Masyarakat Malaysia juga tidak sunyi dari mengambil minuman kopi sebagai satu menu harian mereka. Tidak dinafikan sehingga hari ini ramai yang menggelarkan warung atau kedai yang menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman tradisional di gelar sebagai 'kedai kopi'. Kewujudan kedai kopi telah menjadi trend yang berkembang dan pelbagai inovasi baru di dalam pengembangan jenama kedai kopi ke peringkat pasaran yang lebih elit. 
Kini, pelbagai kewujudan kedai kopi tumbuh seperti cendawan lepas hujan dengan trend atau gaya hidup masa kini. Kebanyakan kedai kopi baru yang wujud dengan pelbagai gelaran seperti 'kopitiam'.

Sunday 2 December 2012

Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog Bina Rangkaian















Terima kasih kerana mengunjungi laman blog yang dibina untuk memberikan keterangan dalam membangunkan rangkaian di dalam perniagaan berbilang aras.

Laman blog ini telah dibina sebagai langkah pertama untuk memasarkan produk-produk terbaik dalam penjagaan kesihatan dan pada masa sama membantu anda untuk membina rangkaian untuk penjanaan pendapatan.